Kiriman pada: Sat, Feb 6th, 2016

Transformasi Pendidikan Tingkat Tahap Sosiaoekonomi Rakyat Semua Kaum

Kongsi maklumat ini
Tags

2Kulim – Transformasi kerajaan dalam bidang pendidikan terbukti berjaya meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan komited untuk membangunkan bidang pendidikan berkualiti kerana melihat ia sebagai cara terbaik dalam membangunkan rakyat negara ini tanpa mengira kaum.

Katanya sasaran kerajaan pada masa sekarang adalah untuk membangunkan kumpulan B40 (kumpulan 40 peratus rakyat Malaysia berpendapatan paling rendah), dan pendidikan adalah cara terbaik.

“Dengan cara ini (pendidikan) kita buat sekolah, sedia peluang pendidikan percuma, tambah kualiti pendidikan. Saya percaya melalui usaha gigih kerajaan ini, (kita) dapat lihat transformasi bersama bukan sekadar bidang pendidikan, tetapi (memajukan) juga rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas.

Datuk Seri Najib berkata apabila Dasar Transformasi Nasional diperkenalkan, kerajaan memandang kepada keperluan menangani masalah kumpulan B40 ini.

Agenda kemiskinan dan kemiskinan tegar hampir selesai, jadi tumpu kepada kemiskinan relatif, di mana pendapatan mereka 40 peratus paling bawah dalam masyarakat kita. B40 mesti jadi tumpuan kita sekarang, selain daripada kumpulan miskin tegar,” katanya.

Katanya kaedah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan kebajikan hanyalah bantuan semasa untuk seketika tetapi kemudahan dalam bidang pendidikan, akan memberi peluang untuk pembangunan diri.

Beliau berkata pendidikan berkualiti akan melahirkan golongan profesional yang mampu meningkatkan sosioekonomi sesebuah keluarga ke tahap lebih baik dan terjamin.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.