Kiriman pada: Sun, Aug 9th, 2015

Tubuh lebih banyak kursi pengajian Bahasa Melayu

Kongsi maklumat ini
Tags

pmab1Putrajaya – Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu Kementerian Pendidikan Tinggi menubuhkan lebih banyak kursi pengajian Bahasa Melayu di universiti-universiti tersohor dunia.

Perdana Menteri berkata, penubuhan kursi tersebut merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau berkata, kerjasama dengan sekolah atau institusi pendidikan tinggi di luar negara perlu diwujudkan terutama dalam bidang penyelidikan dan dokumentasi maklumat selain menghantar tenaga pengajar bahasa serta persuratan Melayu ke institusi berkenaan.

“Bahasa Melayu juga perlu dipromosi melalui penglibatan negara ini dalam pergerakan dan persidangan antarabangsa.
“Saya juga menyaran Kementerian Pendidikan Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikat-syarikat penerbitan bekerjasama membekalkan bahan bacaan dan rujukan, khususnya tentang Tamadun Melayu serta Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

“Ini termasuklah mengeksport filem tempatan yang menonjolkan bahasa Melayu dan budaya Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Mela­yu (PABM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Sementara itu, Najib menyaran supaya bahasa Melayu dibangunkan dalam alam siber seperti membina portal dan penerbitan elektronik.

Perdana Menteri berkata, teknologi ICT telah membawa per­ubahan sehingga mencetuskan iklim ekonomi baharu di dunia yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi.

“Bahasa Melayu perlu cukup utuh dan mantap serta harus berupaya mengemudi masyarakat penutur bergerak seiring dengan arus pembangunan K-ekonomi ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.