Kiriman pada: Sun, Jul 5th, 2015

Tuduhan PM Guna Dana Awam Tidak Masuk Akal

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEKKuantan – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi sebagai tidak masuk akal.

“Ini orang kata tidak logik, kalau seseorang itu ingin mengambil wang rakyat yang nilainya sehingga lebih RM2 bilion dan masukkan dalam satu akaun atas namanya sendiri, ia satu perkara yang tidak munasabah.

“Perkara itu sudah tentu dapat dikesan oleh semua sistem kewangan dan bank dengan mudah sekali, jadi kalau orang percaya dengan cerita-cerita begini … perlu berhati-hati kerana saya bimbang ada niat-niat lain untuk menghancurkan ekonomi dan imej negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion telah dideposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi perdana menteri.

Ahmad Shabery berkata pihak 1MDB dan Najib sendiri semalam telah menafikan hal tersebut dan menyifatkan pembohongan itu sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Sehubungan itu, katanya semua pihak termasuk rakyat perlu bersabar menunggu hasil siasatan badan audit bertauliah termasuk dari luar negara berhubung 1MDB sebelum menghakiminya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.