Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

Tuduhan WSJ: PM Arah Peguam Hantar Surat, Tuntut Pengesahan Laporan

Kongsi maklumat ini
Tags

Lawyer NajibKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengarahkan peguamnya menghantar surat kepada Wall Street Journal (WSJ) bagi meminta pengesahan mengenai laporan akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang.

“Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana US$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan daripada akhbar tersebut,” kata Najib dalam twitternya @NajibRazak dan blognya, www.najibrazak.com hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, siasatan juga sedang dilakukan Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan itu berasas atau tidak bahawa beliau telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.

Katanya, siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.

Najib juga mengulangi pendirian dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.

“Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didukung oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.