Kiriman pada: Sat, Feb 25th, 2017

Tugas Berat MCA Akan Jadi Ringan

Kongsi maklumat ini
Tags

Bentong akan kekal pada tawanan MCA jika diteliti akan usaha dan kerja keras penyandangnya ia itu Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan yang sering didapati rajin mendampingi rakyat khususnya warga Bentung.

Melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau selaku ahli Parlimen Bentong boleh dikatakan agak sukar pencabarnya untuk menampilkan diri, selain menimbulkan fitnah yang bukan-bukan dan bukannya menunjukkan hasil kerja membantu rakyat.

Dari pengamatan warga Bentong mereka cukup mengenali siapa wakil mereka dan sudah pasti memberi makna bahawa ahli parlimen mereka adalah seorang yang sentiasa ada bersama mereka ketika mereka memerlukan bantuan malahan pada hari hari kebesaran bukan sahaja kelibat tetapi beliau juga turut turun padang membantu bagi menjayakan satu-satu program yang di atur agar ianya berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Malah penduduk Bentong sudah mengenal pasti akan bentuk pembangunan dan kemajuan yang telah beliau bawa sahingga kini, dari sebuah kampong sahingga bakal menjadi sebuah bandar elit, perkara yang sentiasa menjadi impian bagi setiap penduduk.

Walaupun Barisan Nasional pernah menghadapi apa yang di katakan sebagai tsunami kaum Cina yang pernah melanda, warga Bentung tetap dengan pendirian dan ketetapan mereka, bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang akan membawa dan membela nasib penduduk di negara ini.

Walaupun ianya kelihatan mudah namun Datuk Seri Liow tidak pernah memandang enteng akan kerja kerja menawan hati pengundinya di Bentung, tiada jalan mudah baginya selain bekerja keras untuk rakyat Bentung, segala sokongan yang pernah mereka berikan perlu di balas dengan membawa banyak kemajuan ke Bentung.

Sebagai rekod Datuk Seri Liow meneruskan penguasaan kerusi parlimen Bentung ini setelah menewaskan calon dari PKR, Ponusamy Govindasamy dengan majoriti sebanyak 12,549 undi pada PRU 13 yang lalu, semoga cabaran PRU 14 tidak mendatangkan kecelaruan kepada warga Bentung dengan fitnah pembangkang yang sedang mengila ketika ini.

Diharapkan warga Bentung dapat menilai mana kaca dan mana permata untuk dipilih sebagai wakil mereka untuk masa depan yang lebih gemilang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.