Kiriman pada: Thu, Dec 10th, 2015

Tugas Presiden UMNO, Perdana Menteri mencabar

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO 2015KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak berkata tugas yang dipikulnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika ini adalah mencabar umpana seurat rambut dibelah tujuh. Najib berkata, sebagai nakhoda kepada sebuah pertubuhan, bukan mudah baginya untuk berdiri di hadapan perwakilan. “Di mana, tubuh atau susuk ini, tiap kali berucap akan dipertanya-tanya, sama ada saya ini berucap sebagai apa? Presiden UMNO ataupun Perdana Menteri Malaysia. “Jawapannya, Ya, betul, saya sedar, saya adalah Presiden kepada parti UMNO dan benar, dalam masa yang sama, saya juga adalah seorang Perdana Menteri bagi masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama. “Setiap kali perhimpunan agung, acap kali juga dipersoal dua lagi perkara, adakah Presiden UMNO itu seharusnya berpendirian ultra atau pro-Melayu sahaja, dan keduanya mesti bersifat Islami ataupun tidak?” katanya. Beliau menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpuann Agung UMNO 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. Ketika memulakan ucapan, Najib berkata pada perhimpunan kali ini juga menyaksikan pelbagai episod tidak terduga terjadi, pastinya ada sesetengah yang datang, dengan segala bentuk perasaan dan rasa serta hal-hal yang terbuku di dada. “Bagaimanapun, Alhamdulillah, saya yakin dan percaya, melihat akan rentak dan semangat yang ditampilkan, selama beberapa hari ini, majoritinya masih teguh berikat dengan kepimpinan saya,” katanya. Ketika memulakan ucapan, beliau turut merafakkan sembah takziah kepada seluruh kerabat DiRaja Kedah dan Johor, atas kemangkatan Raja Muda Kedah, Almarhum Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.