Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Tujuh Bank Dilantik Kutip CBP

Kongsi maklumat ini
Tags

bank2Putrajaya – Tujuh bank di lantik untuk bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan GST bermula 1 April depan.

Menurut Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad , bank-bank terbabit ialah Bank RHB Islamic, Malayan Banking Bhd, CIMB, Public Bank, Bank Islam, Alliance Islamic dan Hong Leong Islamic Banking Bhd.

Beliau menjelaskan, bank-bank yang dilantik bukan ejen memungut cukai bagi JKDM sebaliknya ia menyediakan kemudahan pembayaran dan bayaran itu akan masuk ke dalam akaun JKDM.

Perniagaan yang berdaftar GST boleh memanfaatkan semua kemudahan yang disediakan oleh bank terbabit termasuk perkhidmatan kaunter, mesin deposit dan laman sesawang untuk membuat pembayaran GST.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.