Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Tujuh Sebab Kenapa Najib Harus Kekal Sebagai PM

Kongsi maklumat ini
Tags

najibKuala Lumpur – Sejak kebelakangan ini bertubi-tubi serangan yang diterima oleh pentadbiran kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) oleh pihak-pihak yang hakikatnya, cuba menyembunyikan agenda-agenda peribadi mereka dan juga cuba untuk menutup salah-laku yang dilakukan yang membawa kepada berleluasanya fitnah serta tuduhan-tuduhan tidak benar dan palsu.

Pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diuji dengan bermacam-macam tuduhan-tuduhan liar, palsu dan tidak berasas sama sekali oleh puak-puak yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Serangan-serangan maha dahsyat yang dilakukan oleh puak-puak sesat ini, termasuklah juga pendatang-pendatang sesat yang lupa diri ini, sewajarnya dihentikan serta-merta. Ia sekiranya tidak dibendung dengan segera, bukan setakat bakal memudaratkan BN, bahkan juga tak salah jika dikatakan bakal mengakibatkan kerosakan kepada kestabilan negara yang dipertahankan selama ini. Hakikatnya juga, pihak yang menentang pentadbiran Najib hanya menampilkan dan menunjukkan kebodohan sendiri, masing-masing.

Justeru, penulis tertarik untuk mengongsikan sebab-sebab mengapa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri harus dikekalkan.

1. Kuasa untuk melantik Perdana Menteri terletak di tangan Yang Di-Pertuan Agung, bukannya bekas Perdana Menteri ataupun bekas Timbalan Perdana Menteri.
2. Dasar-dasar yang menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan yang terbukti telus dan terbuka.
3. Konsep menepati janji yang menjadi keutamaan Najib, selari dengan konsep yang diamalkan oleh ajaran Islam.
4. Hanya Najib seorang sahaja Perdana Menteri dari Malaysia yang berani untuk menjejakkan kaki ke Palestine dalam sejarah negara ini.
5. Selain berpengalaman sebagai Menteri Besar Pahang, Najib juga adalah Menteri yang paling muda pernah dilantik di Malaysia iaitu ketika usianya 25 tahun.
6. Ketika ini tiada pemimpin selain Najib yang lebih layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri.
7. Pada usianya ketika ini, Najib masih boleh dianggap muda untuk melepaskan jawatan nombor 1 di Malaysia ini.

Oleh: Aidil Syukri

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.