Kiriman pada: Mon, Dec 14th, 2015

Tumpang majlis khatan

Kongsi maklumat ini
Tags

NSTPAlor Gajah: “Sepanjang setahun pertama bergelar saudara baru, saya malu dan segan menjejak kaki ke masjid kerana berasa diri kotor kerana belum berkhatan, namun baru-baru ini saya dimaklumkan satu majlis berkhatan dianjurkan di kampung ini dan terus mendaftarkan nama,” kata Emran Manja, 41.
Emran dan seorang lagi rakannya adalah dua lelaki dewasa dari 24 masyarakat Orang Asli yang dikhatankan pada Majlis Khatan Perdana yang diadakan di Balai Raya Perkampungan Masyarakat Orang Asli Bukit Payung, di sini, semalam.
Datuk kepada seorang cucu perempuan itu berkata, dia bersama isteri Norliza Bakil, 41, serta tiga lagi anak mereka memeluk Islam pada Ramadan 2013.
“Selepas memeluk Islam, saya memang berhasrat menunaikan solat berjemaah di masjid, tapi terpaksa dipendamkan berikutan tidak selesa kerana belum lagi berkhatan.
“Saya mahu berkhatan, tetapi tidak tahu caranya dan segan bertanya kepada rakan,” katanya ketika ditemui.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.