Kiriman pada: Tue, Dec 6th, 2016

Tun M Hadir Persidangan DAP Tindakan Terdesak

Kongsi maklumat ini
Tags

idrisharunMelaka – Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 pada Ahad lepas merupakan suatu tindakan terdesak, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata tindakan terdesak itu jelas dilihat apabila Dr Mahathir yang dahulunya memusuhi DAP lebih dua dekad dengan menghentam, menghina dan melabel parti itu, hari ini sanggup duduk semeja menyokong parti itu.

“Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggenggam tangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (pada Perhimpunan Solidariti Rohingya) pada hari sama Dr Mahathir berada di pentas DAP.

“Suatu ketika dahulu kebenciannya terhadap parti itu hingga ke tulang, namun kebencian itu seolah-olah sesuatu yang dilupakan begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Dr Mahathir buat julung kali hadir pada Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 pada 4 Dis, beliau dilihat turut berdiri ketika lagu DAP dimainkan, dan duduk di atas pentas bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin kanan parti itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.