Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

‘Tun M, hentikan serangan terbuka kepada Peguam Negara’

Kongsi maklumat ini
Tags

bh_20151107_azdrm_1964905KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan untuk menghentikan serangan serta kritikan terbuka secara langsung terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali atau keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak sebagai satu perkara yang tidak wajar dan tidak berpatutan.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, sebagai pegawai tertinggi dalam bidang perundangan negara, tugas dan tanggungjawab Peguam Negara adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang tanpa memilih ‘bulu’ dan tidak gentar dengan sebarang keputusan yang dibuat.

“Di dalam konteks ini serangan peribadi dan kritikan terbuka Tun Mahathir terhadap Mohamed Apandi adalah tidak wajar dan tidak berpatutan memandangkan hujah-hujah yang digunakan Tun Mahathir masih samar selain tidak disokong bukti yang kukuh lagi konkrit.

“Mungkin Tun Mahathir menggunakan persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap kerajaan atau petikan dari sumber media dari dalam dan luar negara yang sememangnya anti-kerajaan dan bencikan Malaysia.

“Sebenarnya sumber seperti ini belum boleh dianggap sebagai bukti yang kukuh dan konkrit serta tidak sesuai dijadikan landasan untuk membuat tomahan secara spesifik, terbuka dan peribadi kepada seseorang penjawat awam seperti Peguam Negara,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc, 3 Februari lalu, mendakwa Mohamad Apandi tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.
Kandungan blog

Kenyataan Mahathir itu mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, pihaknya akan memulakan siasatan berhubung kandungan blog itu yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.

Dalam pada itu tegas Rahim, keputusan Mohamed Apandi adalah berlandaskan penyiasatan rapi dan teliti serta komprehensif yang disempurnakan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri.

“Misalnya dalam isu derma RM2.6 bilion kepada Najib, tentunya keputusan Peguam Negara membebaskan Najib dari tomahan ini (melakukan amalan jenayah) telah dibuat berlandaskan penyiasatan rapi dan teliti oleh SPRM.
“Sebagai Peguam Negara pastilah dia lebih tahu dan insaf apa yang diputuskan sebagai amanah Allah dan negara kepadanya.

“Memandangkan situasi dan fakta itu, eloklah Tun Mahathir dengan segera menghentikan serangan-serangan peribadi dan kritikan terbukanya memandangkan rakyat akan melihatnya lebih kepada usahanya mempertahan dan menyelamatkan kepentingan peribadi serta keluarga lebih dari melindungi kepentingan nasional,” jelasnya.

Mohamed Apandi sebelum ini turut memaklumkan, di bawah Akta SPRM 2009, tiada bukti yang menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan atau KWAP.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.