Kiriman pada: Tue, Dec 27th, 2016

Tun M Hina Penerima BR1M

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad menghina berjuta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila bukan saja mengatakan program bantuan itu sebagai rasuah, malah bertentangan dengan undang-undang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata BR1M adalah satu dasar yang direka dengan cara mengagihkan cukai diterima daripada kumpulan berpendapatan tinggi kepada kumpulan isi rumah 40 peratus terbawah (B40).

Dasar gaji minimum pula untuk memastikan pekerja yang dibayar gaji rendah mendapat bayaran gaji yang adil selain turut berkesan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Semua dasar ini adalah sebahagian daripada Program Transformasi Nasional, yang membolehkan Malaysia mencapai objektif utama menjadi negara sejahtera.

“BR1M dan dasar gaji minimum bukanlah rasuah, sebaliknya membantu mencapai sasaran objektif ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya.

BR1M membantu usaha kerajaan dalam menyeimbangkan semula ekonomi dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan, ia juga membantu melindungi Malaysia daripada ketidaktentuan ekonomi global dan menjadikan ekonomi negara lebih kukuh.

“BR1M membantu negara dalam usaha kerajaan untuk mengagihkan semula pendapatan dan merangsang ekonomi luar bandar. Ini telah meningkatkan ekonomi dalam negara.

“Di sebalik pertumbuhan global yang lebih perlahan dan kejatuhan harga komoditi global, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.3 peratus pada suku ketiga, ini menunjukkan usaha kerajaan berhasil.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.