Kiriman pada: Sat, Dec 26th, 2015

Tun Mahathir meletak negara di bawah kehendak Singapura

Kongsi maklumat ini
Tags

tuuuuBanyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.
– Ini adalah satu kesimpulan yang berbentuk fitnah. Tun menggunakan isu jambatan bengkok dan menyimpulkan bahawa Malaysia di bawah telunjuk Singapura.
– Jabatan Peguam Negara (AGC) kita telah menasihatkan kerajaan mengenai kesan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa. AGC menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip tersebut adalah milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB.
– Tiada persoalan sama ada kita mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menentang Singapura. Jambatan bengkok tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatangani. Mana-mana jambatan sekalipun, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor tanpa kebenaran daripada PUB Singapura, akan melanggar hak hartanah Singapura di bawah undang-undang antarabangsa.
– Kita telah membina hubungan dengan Singapura ke satu tahap di mana kita kini terlibat dalam projek dan usaha sama yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara. Bagi mengukuhkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kita kini akan membina kereta api berkelajuan tinggi. Malah, telah tercetus juga idea bagi membina jambatan persahabatan yang dimahukan kedua-dua negara dan tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa.
– Tohmahan dan fitnah Tun bahawa PM meletakkan Negara di bawah kehendak Singapura ini adalah sangat dikesali dan menyedihkan.

Salleh Said Keruak
WakeUp Malaya

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.