Kiriman pada: Sun, Aug 16th, 2015

Tutup Isu Dana Politik, Tumpu Soal Kepentingan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAKKepala Batas – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pemimpin dan anggota parti supaya menutup isu dana politik, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

Perdana Menteri berkata jika parti hanya tertumpu pada isu dana politik, soal kepentingan rakyat akan terabai.

Beliau berkata soal kepentingan rakyat dan apa yang diinginkan oleh mereka sepatutnya menjadi agenda utama parti yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

“Selagi kita ambil berat soal rakyat, rakyat cukup tak pendapatannya, rakyat ada tak rumah mampu milik, rakyat dapat ke tidak sekolah, suasana hidup rakyat macam mana, ini semua mesti dalam lingkungan apa yang diperjuangkan oleh parti kita.

“Kalau kita dapat memberi perhatian pada perkara ini, saya percaya kita dapat pulihkan keadaan ini,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di Institut Latihan Perindustrian.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.