Kiriman pada: Sun, Dec 13th, 2015

UiTM turut isytihar cuti peristiwa

Kongsi maklumat ini
Tags

SAHOL HAMID ABU BAKAR / FORUM MEDIA KEBANGSAAN 2015 / MPISHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa berikutan kemenangan pasukan bola sepak Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Bagaimanapun, cuti peristiwa itu hanya tertakluk kepada kampus cawangan UiTM di Selangor sahaja.

Naib Canselor UiTM, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar juga mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Selangor kerana berjaya membawa pulang piala diidamkan selama ini.

“Tahniah kepada skuad Selangor kerana akhirnya Misi 33 mereka tercapai,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sahol berkata, pengumuman cuti peristiwa itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain kampus Shah Alam, UITM turut mempunyai kampus di Puncak Alam; Puncak Perdana; Jalan Othman, Petaling Jaya; Selayang; Sungai Buloh dan di Seksyen 17, Shah Alam.

Malam semalam, Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam.

Kemenangan itu sekaligus menamatkan penantian selama 10 tahun, selepas kali terakhir Selangor menjuarai Piala Malaysia adalah pada tahun 2005.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.