Kiriman pada: Fri, Dec 18th, 2015

Ulama, ilmuwan perlu jadi kuasa ketiga erat perpaduan

Kongsi maklumat ini
Tags

ASYRAF WAJDI DUSUKI / SEMINAR SOGOC IIKUALA LUMPUR: Golongan ulama dan ilmuwan perlu bertindak sebagai kuasa ketiga menyatukan antara dua pihak yang bertelagah atau tidak sehaluan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Aysraf Wajdi Dusuki, berkata kuasa ketiga itu adalah pihak yang tidak berkepentingan terhadap mana-mana parti politik. “Dalam hal ini, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia boleh memainkan peranan sebagai kuasa ketiga dan orang tidak akan mempertikaikan. “Lagipun di Malaysia, sebenarnya tidak ada perbezaan ketara antara UMNO dan PAS, kalau mungkin saya katakan tidak ada perbezaan syarie. “Kedua-duanya (UMNO dan PAS) mahukan Islam, mempunyai perlembagaan untuk memelihara dan mengembangkan ajaran Islam,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015 di sini, sebentar tadi. Perasmian persidangan itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam. Persidangan tiga hari bertemakan Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi disertai lebih 600 peserta termasuk dari luar negara berakhir hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.