Kiriman pada: Mon, Dec 14th, 2015

Ulang kaji selepas solat subuh rahsia 10A PT3

Kongsi maklumat ini
Tags

cemre10a.transformed_0GEORGETOWN: Rutin mengulang kaji pelajaran setiap hari selepas solat Subuh menjadi rahsia kejayaan Nur Suhaila Ramlan yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan pagi tadi. Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St George itu berkata, beliau memberi keutamaan kepada subjek sukar seperti Sains ketika mengulang kaji. “Selain itu, ibu bapa dan guru banyak membantu memberi dorongan bagi memastikan saya dapat memahami setiap subjek yang diajar di sekolah. “Diakui peperiksaan kali ini sememangnya berbeza dan sukar, namun syukur kerana segala penat-lelah nyata berhasil,” katanya ketika ditemui di dewan sekolah terbabit. Nur Suhaila yang bercita-cita menjadi pakar psikiatri turut meluangkan masa menonton rancangan kegemarannya, CSI:Cyber selepas selesai mengulangkaji pelajaran pada sebelah malam. Katanya, drama penyiasatan itu banyak menggunakan teknik dalam sains menyebabkan minatnya semakin mendalam dalam mempelajari subjek itu. Keseluruhannya, seramai 202 pelajar sekolah terbabit menduduki peperiksaan PT3 dan sepuluh pelajar memperoleh 10A manakala 15 pelajar mendapat 8A dan 9A.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.