Kiriman pada: Sun, Oct 16th, 2016

Ulat Tiket Harus Dibenteras Habisan

Kongsi maklumat ini
Tags

ulatAgak sunyi juga kebelakangan ini membaca dari isu pemandu teksi dan SPAD, nampaknya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah berjaya mengatasi masalah yang melanda penguna teksi disekitar bandaraya, namun semalam timbul kembali isu oleh beberapa orang penguna media sosial facebook yang menviralkan gambar beberapa orang ‘pemandu’ teksi yang kononnya digari.

Namun setelah mendapatkan penjelasan dari Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Husni Ahmad, perkara dapat ditenangkan dengan penjelasan beliau bahawa yang bergari tersebut adalah mereka yang ditangkap kerana menjalankan kegiatan ulat tiket disekitar bandaraya yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Kempat-empat mereka yang kelihatan didalam gambar dalam keadaan bergari sebenarnya sedang dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dan dijatuhkan hukuman, kesemua mereka telah didenda diantara RM5000.00 ke 6500.00 setiap seorang atas kesalahan yang mereka lakukan ia ini menjadi ulat tiket dan mereka bukanlah pemandu teksi seperti yang dihebahkan.

Aktiviti ulat tiket ini telah pun dibincangkan dibanyak portal dan halaman main stream berita kisah bagaimana mereka ini melakukan penipuan dan melibatkan banyak mangsa yang telah membuat laporan sama ada kepada SPAD mahupun kepada pihak polis sendiri, kegiatan mengulat terutamanya di lokasi2 yang menjadi tumpuan pelancong ini menurut Datuk Che Husni telah menjejaskan imej Negara dan industri pengangkutan awam negara.

Salah faham mengatakan pemandu teksi digari atas kesalahan tidak menikut peraturan adalah tidak benar kecuali kesalahan seperti kegiatan ulat tiket ini, sesiapapun yang melakukan kegiatan atau aktiviti ‘mengulat’ mereka telah melakukan satu jenayah, kebiasaanya mereka ini akan bertindak agrasif jika mereka ditahan dan mampu mencederakan penjawat awam seperti anggota penguatkuasa SPAD yang menjalankan tugas.

Mereka dengan sedaya upaya cuba akan melepaskan diri dari ditangkap dan ini boleh menebabkan pergelutan yang boleh mendatangkan kecerderaan kepada anggota penguatkuasa oleh kerana itu gari adalah diperlukan bagi mengurangkan dan meredakan keganasan yang bakal berlaku.

Jadi usahlah terpengaruh sangat dengan permainan media yang diviralkan, selidik sebelum menuduh dan bertindak, SPAD bukanlah zalim untuk menahan pemandu teksi jika kerana mereka hanya duduk bermain dam haji kerana pemandu teksi ini mempunai masa mereka sendiri dan pelanggan boleh mengunakan perkhidmatan kereta Uber jika perkidmatan teksi sukar didapati.

Tetapi dalam isu jenayah ulat tiket ini ianya perlu dibenteras kerana perbuatan mereka melibatkan perlakuan jenayah terhadap penguna kenderaan awam dan lebih parah lagi jika melibatkan pelancung asing.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.