Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

UM jana pendapatan menerusi program berimpak tinggi

Kongsi maklumat ini
Tags

umec-logo.transformedKUALA LUMPUR: Pusat Keusahawanan Universiti Malaya (UMEC) merancang pelbagai program berimpak tinggi tahun ini dalam usaha membantu universiti menjana sumber kewangan sendiri. Pengarahnya, Prof Dr Suhaiza Hanim Mohamad Zailani, berkata program terbesar adalah Modul Pendidikan Keusahawanan Internet (MPKI) yang akan diperluaskan kepada pelbagai pihak terutama agensi kerajaan. “UMEC menyasarkan untuk memperoleh pendapatan sehingga RM200,000 pada tahun ini menerusi pengendalian setiap sesi MPKI dengan agensi luar. “Selain itu, UMEC juga bercadang menjana pendapatan menerusi sewaan kios perniagaan dan inkubator latihan praktikal bukan saja kepada warga kampus, tetapi juga pihak luar,” katanya ketika ditemui B Online.​ Beliau berkata, MPKI adalah program latihan perniagaan berbentuk pendidikan menerusi kaedah permentoran bagi melahirkan lebih ramai golongan usahawan internet. Katanya, program perintis MPKI yang dikendalikan Online Business Academy (OBAC) UMEC diperkenalkan tahun lalu membabitkan 120 pelajar Universiti Malaya (UM). “Kejayaan program berkenaan melahirkan usahawan internet yang mampu meraih pendapatan sehingga RM9,000 dalam masa tiga minggu memberi idea kepada UMEC untuk memperluaskannya kepada pihak luar,” katanya. Suhaiza Hanim berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan sudah bersetuju melaksanakan tiga sesi MPKI manakala Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Dalam Negeri turut menunjukkan minat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.