Kiriman pada: Fri, Nov 25th, 2016

Umat Islam Bantah Kekejaman Terhadap Etnik Rohingya

Kongsi maklumat ini
Tags

merahKuala Lumpur – Hampir 1000 orang berarak ke Kedutaan Myanmar untuk mengiringi penyerahan memorendum bantahan berhubung kezaliman yang berlaku terhadap etenik Muslim Rohingya, kehadiran ramai wakil NGO memberi gambaran bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi menghentikan kezaliman yang sedang berlaku terhadap kaum muslim di Myanmar itu.

Perarakkan bermula sebaik sahaja jemaah selesai mengerjakan solat Jumaat di masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak, bagaimanapun gerakan tersebut tidak dibenarkan menghampiri pejabat kedutaan, kesemua mereka di halang pada kedudukan jarak 200 meter dari pejabat kedutaan.

Beberapa wakil pemimpin NGO dibenarkan untuk kebangunan kedutaan untuk menyerahkan memorendum kepada wakil kedutaan.

Sebahagian besar daripada jumlah penyokong gerakan berkenaan yang turut disertai oleh beberapa etnik Rohingya yang berada di Malaysia, membawa pelbagai sepanduk mengecam kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Keadaan hujan tidak menjadi penghalang kepada perarakan tersebut sebaliknya semakin membangkitkan semangat peserta.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos, Exco Pemuda UMNO, Exco Pemuda Umno Datuk Armand Abu Hanifah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) turut bersama mengiringi menyerahkan memorendum tersebut.
excopemuda

Walaubagaimana pun pejabat Kedutaan Myanmar hanya menghantar pengawal keselamatan untuk menerima memorandum ini, ini mengambarkan seolah-olah mereka tidak langsung menghormati negara asing terutama Malaysia yang cuba membantu, ini menjadi testimoni bahawa mereka tidak menghormati etnik Rohingya

“Jangan kita biarkan manusia yang tidak bertamadun di Myanmar itu membunuh saudara sesama Islam” ujar Datuk Jamal.

“Saya mengharapkan kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengambil tindakan tegas termasuk menghalau rakyat negara berkenaan yang berada di sini serta menikmati kemewahan yang ada. Tindakan itu secara tidak langsung membawa suara kita kepada kerajaan mereka agar menghentikan pembunuhan beramai-ramai”.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.