Kiriman pada: Fri, Jul 17th, 2015

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Esok

Kongsi maklumat ini
Tags

Datuk-syed-danial-syed-ahmadKuala Lumpur – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam Khamis.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 17 Julai 2015,” katanya.

Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.