Kiriman pada: Tue, Mar 3rd, 2015

Umat Islam Diminta Jayakan Agenda Perpaduan

Kongsi maklumat ini
Tags

mbkedahAlor Setar – Umat Islam diseru bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda penyatuan dan perpaduan, selari dengan firman Allah SWT yang menuntut kepada perpaduan ummah, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya walaupun usaha pemupukan perpaduan memakan masa yang lama, namun rakyat perlu menunjukkan tahap kematangan berasaskan nilai hormat-menghormati.

“Saya menyeru segenap lapisan rakyat bersama-sama memperkukuh perpaduan dalam menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya ketika merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-36, malam tadi.

Beliau berkata kerajaan telah dan sentiasa mengambil sikap tegas untuk memelihara kesucian agama Islam di negara ini.

Ia dilakukan menerusi pemantauan dan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu kesucian agama Islam memandangkan kemasukan ajaran yang menyeleweng bukan sahaja memudaratkan akidah ummah, tetapi menyebabkan berlakunya perpecahan, katanya.

Bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, majlis hafazan itu menghimpunkan 73 peserta dari 14 buah negeri, melibatkan tiga kategori pertandingan iaitu Juzuk 1-10, Juzuk 1-20 dan Juzuk 1-30.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.