Kiriman pada: Thu, Aug 27th, 2015

Umat Islam disaran imarah masjid

Kongsi maklumat ini
Tags

SAMBUTAN JUBLI EMAS MASJID NEGARA KE-50KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mengimarahkan masjid dengan pelbagai program sesuai keperluan semasa berikutan institusi itu mampu menjadi benteng kepada perpecahan dan permusuhan dalam kalangan masyarakat. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, institusi masjid turut berperanan sebagai penyelesai kepada cabaran dalam masyarakat termasuk isu membabitkan keruntuhan akidah serta moral. “Beta gembira dengan wujudnya kesepakatan dan kefahaman itu. “Ia sudah menghasilkan kesan yang amat besar dalam kerangka menjadikan institusi masjid sebagai medan membangun dan membina kesejahteraan umat Islam sepanjang zaman,” titah baginda di Masjid Negara, sebentar tadi. Baginda bertitah ketika merasmikan Sambutan 50 Tahun Masjid Negara. Yang turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.