Kiriman pada: Fri, Feb 3rd, 2017

Umat Islam Perlu Hayati Toleransi Agama

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuching – Toleransi agama perlu dihayati dan diterapkan dalam kalangan umat Islam agar agama itu tidak dipandang serong, dicurigai atau ditakuti umat manusia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana dikhuatiri kelak ada pihak-pihak yang mempunyai agenda tersembunyi menggunakan kejahilan terhadap Islam untuk membawa orang ramai meminggirkannya.

Katanya ketika Islam diunjur sebagai agama paling pantas berkembang di dunia, umatnya perlu menyeimbangkan soal dunia dan ukhrawi (akhirat) dalam kehidupan mereka.

Beliau berkatanya semasa berucap merasmikan masjid Al-Abyad bernilai RM11.6 juta di Matang Jaya di sini.

Esok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dijangka menyertai penyokong Barisan Nasional (BN) di Lundu, kira-kira 80 kilometer dari sini, sebagai tanda sokongan kepada calon BN pada hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Tanjong Datu, sebelum menamatkan lawatan kerja tiga harinya di Sarawak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.