Kiriman pada: Sat, Jan 28th, 2017

UMNO Belum Putus Sertai Himpunan RUU 355

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – UMNO akan meneliti secara khusus pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebelum memutuskan menyertai Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355, anjuran PAS, 18 Februari depan.

Presiden UMNO, yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meminta tempoh untuk meneliti perkara itu sebelum membuat ulasan selanjutnya.

“Ada (dibincangkan dalam mesyuarat hari ini), tapi saya akan buat ulasan.

“Kita sedang perhalusi semua aspek, bagi saya tempoh sikit,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Pada sidang media itu, beliau turut menyatakan PAS akan menyertai majlis pelancaran misi ‘Food Flotilla For Arakan’, yang dijadual bertolak ke Myanmar pada 3 Februari depan.

Beliau berkata, kerjasama dengan PAS itu bersandarkan isu ummah sejagat dan Islam, bukan politik.

“Kita (UMNO) boleh bekerjasama dalam isu (yang membawa kebaikan kepada) ummah,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.