Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Umno Bersalah Jika Melayu Gagal

Kongsi maklumat ini
Tags

6.21BANDARAYA MELAKA – Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap isu ungkapan ‘bangsat’ sebagai satu lagi kegagalan perhubungan awam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kini Malaysia sudah menjangkau usia 60 tahun dipimpin Umno-BN, tetapi sehingga kini masih wujud persoalan besar tentang ke mana hala tuju Melayu hendak dibawa oleh Umno,” katanya selepas ditemui ketika mengumumkan program Rapat Umum Muafakat Rakyat Bersihkan Negara yang bakal diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Taman Asean, Malim, di sini, 26 Ogos ini.

Shamsul berkata, jika ada kegagalan dan kelemahan terhadap kedudukan dan agenda Melayu serta Bumiputera hari ini, maka Umno dan pemimpinnya yang perlu dipersalahkan.

“Umno tewas di Kelantan pada 1990. Umno juga tewas di Selangor pada 2008. Kedua-duanya negeri majoriti Melayu, dan kedua-duanya masih ditadbir oleh menteri besar Melayu secara muafakat Pas, PKR dan DAP.

“Ironinya di kedua-dua negeri ini orang Melayu makin terangkat wibawa dan upaya mereka melalui penggemblengan ekonomi dan sosial. Tidak hatta seinci pun kebangsatan membelenggu orang Melayu di bawah muafakat PKR, Pas dan DAP,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.