Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

UMNO, BN Perlu Pantas Tangani Fitnah

Kongsi maklumat ini
Tags

hx,vhgKUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerlukan fakta dan kepantasan dalam menangkis fitnah terutama yang semakin serius di media sosial.

Pengarah strategi dan komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pasukan ‘cybertroopers’ BN perlu lebih pantas menangani fitnah kerana ia kini menular dengan pantas di media sosial.

“Apa yang (cybertroopers) UMNO perlukan adalah fakta dan kepantasan.

“Fitnah kini sudah sampai (pada tahap) memudaratkan. Kita kena hentikan atau (sekurang-kurangnya) mengambil tindakan yang boleh mengurangkan fitnah,” tegas beliau pada Majlis Pra Pelancaran Program Kayuhan Hari Malaysia 2015 yang bertema “#TolakFitnahMediaSosial” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pada masa kini BN dan UMNO mempunyai pelbagai inisiatif, namun ia perlu diperkasakan selari dengan kepesatan teknologi.

“Jadi, Setiausaha UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) yang juga Setiausaha BN perlu meneliti inisiatif yang ada,” kata Abdul Rahman.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.