Kiriman pada: Sun, Jan 15th, 2017

UMNO Harus Saman Parti Bersatu

Kongsi maklumat ini
Tags

Tindakan saman boleh dikenakan terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia bila mana membuat tuduhan terhadap parti UMNO kononnya terlibat dengan rasuah dan gangstar, ungkapan tersebut telah dibacakan dihadapan penyokong dan pengunjung di majlis perasmian parti tersebut.

Di ketika ahli UMNO sedang mengadakan majlis tahlil dan membaca yassin untuk mengenang pemergiang Allahyarham Tun Abdul Razak Bapa Pemodenan Malaysia serta bekas Presiden UMNO, Pengerusi parti bunga raya telah menuduh dan menghina parti UMNO dengan tudihan bahawa UMNO sebuah pati yang mengamalkan rasuah.

Malah Pengerusi parti bunga raya turut menuduh UMNO sebagai sebuah parti yang bukan sahaja telah usang tetapi turut dipimpin oleh penjenayah, penyamun dan pengamal rasuah yang tidak terhingga skalanya.

Susunan text yang dibaca oleh Mahathir dihadapan hadirin jelas telah menghina pemimpin UMNO dengan tuduhan yang tidak berasas termasuk tuduhan bahawa UMNO telah menindas rakyat mendera mereka tanpa sebab, menangkap, memasuk dalam tahanan dan menghadap mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah

Jika dinilai semua tuduhan yang dibacakan oleh Mahahtir malam tadi kebanyakkannya berlaku di ketika era kepimpinannya dan tidak berlaku di zaman kepimpinan Dato’ Seri Najib, seperti mana yang pernah dibongkarkan oleh Anwar suatu ketika dahulu sebelum disabitkan dengan kesalahan yang menyebabkan beliau dipenjarakan.

Apa yang tidak di bongkarkan oleh Anwar termasuk keluarganya yang terdiri dari Isteri dan anak perempuannya yang pernah berkumpul mengerah jentera menyerang Mahathir, termasuklah mereka-mereka yang kini berdampingan dengan Mahathir setelah Anwar di penjarakan.

Mahathir tidak perlu ulang tayang dengan kisah penjajahan negara ini, kerana setelah mencapai kemerdekaan sekian lama, mahahtir masih belum memerdekakan dirinya sendiri walaupun mengakui bahawa dirinya sudah tua.

Dengan ketuaan yang sedang melanda sekarang ini Mahathir tidak boleh sesuka hati menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan termasuk apa-apa kebaikkan yang telah UMNO lakukan selama ini, jika tidak sama sahaja ketika Mahathir memimpin UMNO dan kerajaan dahulu.

Mahathir perlu akui kebaikkan UMNO jika UMNO hari ini busuk maka perkara sebenar yang perlu rakyat fahami ialah UMNO ini busuk sejak zaman Mahathir menjadi Presidennya dahulu, Dato’ Seri Najib telah mewarisi parti busuk ini dan terpaksa menerima untuk di perbaiki.

UMNO bukan mula diserang ketika Najib mengambil alih dari Pak Lah yang diwasirisi dari Mahathir, tetapi UMNO telah mula dibenci sejak zaman Mahahtir menjadi Presidennya, dan selama itu lah UMNO di tuduh dengan pelbagai tomahan, tetapi hari ini orang yang menuduh Mahathir dengan segala tuduhan akhirnya telah sujud kepada Mahathir dan mengangkat Mahathir sebagai tuhan mereka.

Dan malam ini Mahathir sendiri menuduh UMNO sebuah parti yang menyusahkan rakyat, sedang selama menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri tiada suatu pun kebaikkan yang beliau buat untuk rakyat kebanyakkan, dan malam ini mengakui segalanya kebenaran yang dilemparkan kepada beliau dahulu ‘ tiada apa yang boleh dibanggakan rakyat dengan kejayaan UMNO zaman Mahathir’.

Di era kepimpinan Dato’ Seri Najib rakyat kebanyakkan mendapat banyak menfaat dalam pelbagai bidang bukan sekadar membuat bangunan berkembar tertinggi tetapi rakyat sekadar dapat bergambar sahaja.

Jadi UMNO, perlu saman parti bunga ini bagi menutup keceluparan pemimpin parti bunga ini yang pernah menumpang tuah dibawah bendera UMNO, sementara mempunyai waktu untuk melakukannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.