Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Kongsi maklumat ini
Tags

Datuk_Seri_Mukhriz_Mahathir_UMNO_TMIAFIF_101215_19_previewALOR SETAR: Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.

Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.

Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.

“Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan.

“Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.