Kiriman pada: Thu, Dec 1st, 2016

UMNO Parti Yang Membela Anak Cucu Bangsa Melayu

Kongsi maklumat ini
Tags

anakcucuPerkara yang tidak boleh dinafikan semenjak dari dahulu, kini dan selamanya UMNO telah banyak membantu membangunkan anak bangsa, jika dahulu dikenaili sebagai anak kemudiannya ibu/bapa serusnya datuk/nenek semuanya pernah merasai apa yang diusahakan oleh parti kerana Orang Melayu ini.

Mereka yang menafikanya jelas tidak bersyukur dengan rahmat Allah yang diturunkan melalui parti UMNO, dari rumah setiang sahingga bakal terbinanya bangunan setinggi 70 tingkat kesemuanya bakal di tinggalkan kepada anak cucu bangsa Melayu sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan memertabatkan bangsa Melayu.

Jika dahulunya digelar anak-anak kini setelah 70 tahun usia UMNO sudah dimanakah mereka yang bergelar anak-anak ketika itu, adakah mereka tua bersama UMNO dan membingbing anak muda hari ini untuk 70 tahun yang akan datang, seperti mana mereka membesar bersama UMNO hari ini.

Mereka yang dahulunya anak-anak muda mungkin kini telah berjaya menguasi perniagaan besar, menjadi ahli koperat, menjadi pengurs bank dan GLC milik kerajaan, menjadi duta dan berkhidmat di peringkat antara bangsa, sudah mengapalai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menjadi tokoh agama dan ilmuan yang disegani yang pasti kesemuanya adalah hasil yang dibuahkan oleh UMNO.

Namun tidak sedikit Melayu UMNO yang kufur nikmat dan mula mengkhianati parti yang selama ini membela nasib serta keluarga mereka, bukan itu sahaja malah ada yang cuba melupuskan hak-hak orang Melayu dengan mula bersekongkol dengan parti resis DAP.

Mereka bukan sahaja cuba menghapuskan hak orang Melayu tetapi cuba untuk mengabaikan masa depan anak-anak yang bakal menjadi peneraju negara dimasa hadapan, mereka cuba melenyapkan generasi kepimpinan anak cucu Melayu.

Sejak 70 tahun dahulu walaupun Melayu menguasai kepimpinan tetapi UMNO tetap tidak mengabaikan kaum lain yang mendapat hak mereka, membenarkan mereka memiliki harta dan segala kemewahan yang adakalanya melebihi apa yang diberikan kepada anak cucu bangsa Melayu sendiri.

Terbukti kini UMNO ternyata jelas membela anak cucu bangsa untuk menjamin masa depan mereka agar tidak terabai dan terumbang ambing di bumi sendiri, cuma pesanan kepada anak cucu bahawa jangan terlalu bergantung kepada UMNO semata, jangan terlalu meminta dengan UMNO, walaupun pasti UMNO akan membantu walaupun tidak meminta, kerana Melayu tu UMNO dan UMNO itu Melayu.

Tahun ini genap lah 70 tahun UMNO menabur baktinya kepada orang Melayu, dan perlu di ingatkan bahawa didalam tempoh yang panjang ini UMNO telah berjaya membebaskan Melayu dari kemiskinan dan kemunduran, maka sedarlah kita bahawa UMNO lah yang sebenarnya mampu menjaga kebajikan dan masa depan anak cucu kita.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.