Kiriman pada: Wed, Dec 9th, 2015

UMNO-PAS perlu bersama tentang anasir gugat Islam

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO 2015KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS perlu bermuzakarah untuk menentang sebarang anasir menggugat kesucian Islam, termasuk ancaman pengganas Negara Islam (IS), Syiah dan kumpulan bekas penjawat awam, G25 yang memperjuangkan perkara bercanggah Islam. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pendang, Mohamad Fadzil Zolkifli, berkata kerjasama tidak semestinya menjurus kepada politik, sebaliknya mencakupi hal ehwal agama dan keselamatan demi kepentingan negara. “Saya turut sedih kerana ada ahli Pemuda UMNO kawasan saya turut terpengaruh dengan ajaran Syiah khususnya kahwin mut’ah (kahwin kontrak), iaitu dengan hantaran serendah RM80,” katanya ketika menyokong usul ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.