Kiriman pada: Sun, Aug 30th, 2015

UMNO Perlukan Pemimpin Disenangi, Boleh Sesuaikan Diri Untuk Menangi PRU

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKTemerloh – UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin dan calon pemimpin yang memiliki kriteria mudah disenangi serta boleh menyesuaikan diri dengan rakyat dan persekitaran bagi memastikan parti itu dapat meraih kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata bagi rakyat, adalah penting untuk mempunyai pemimpin yang boleh membantu mereka dalam apa jua keadaan tanpa mengira masa terutamanya ketika ditimpa bencana.

“Macam mana nak jadi likeable (disenangi)…kita kena beri service (perkhdimatan) kepada rakyat dalam apa jua keadaan.

“Kalau UMNO berjaya tonjolkan pemimpin dan bakal calon yang mempunyai ciri-ciri seperti ini, maka peratusan kita untuk menang adalah lebih tinggi,” katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh dan Jamuan Rakyat di Dataran Bahaman, Lanchang.

Terdahulu, perdana menteri disambut meriah oleh lebih 5,000 hadirin serta pemimpin dan anggota UMNO Bahagian Temerloh.

Datuk Seri Najib berkata jika UMNO mempunyai ramai pemimpin yang mempunyai ciri-ciri berkenaan, mudah bagi pemimpin parti mengetengahkan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.