Kiriman pada: Tue, Nov 29th, 2016

UMNO Tidak Akan Berjaya Tanpa Sokongan Padu Anggota Parti

Kongsi maklumat ini
Tags

sokonganKuala Lumpur – Kejayaan UMNO sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan dicapai dan dikecapi pada hari ini tanpa sokongan padu jutaan anggota parti, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Presiden UMNO itu berkata kejayaan dan limpahan rahmat itu malah turut dikecapi dan dinikmati oleh rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

“Banyak yang telah dicapai oleh negara hingga detik ini. Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab, dengan sokongan padu UMNO bersama rakan parti komponen, sentiasa mengotakan janji dengan memberi khidmat bakti demi manfaat rakyat Malaysia.

“UMNO bukan hanya berkhidmat untuk orang Melayu tetapi untuk semua tanpa batasan kaum, agama atau latar belakang, katanya.

Najib yang juga perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada acara itu ialah dua naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas timbalan presiden dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, barisan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri dan para anggota Majlis Tertinggi parti serta perwakilan Persidangan Agung UMNO 2016 daripada seluruh negara.

Najib berkata perjuangan UMNO ketika ini sarat dengan nostalgia dan bahagia namun ia tidak sepatutnya menjadikan anggota parti tersebut leka.

“Sebaliknya, ia harus memberikan kekuatan kepada kita untuk terus menakhoda zaman. Pada usia tujuh dekad ini, UMNO semakin matang dalam memenuhi keperluan orang-orang Melayu serta Bumiputera supaya terus menjadi bangsa berdaulat,” katanya.

Najib kemudian merasmikan upacara bersejarah secara simbolik pecah tanah projek pembangunan itu yang akan menjadi mercu tanda ikonik baharu di ibu negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.