Kiriman pada: Tue, Nov 15th, 2016

Undang-Undang Bukan Untuk Lindungi Jenayah

Kongsi maklumat ini
Tags

lindungiPembangkang mendakwa bahawa undang-undang bukan untuk melindungi jenayah tetapi mereka lupa bahawa mereka sering mengunakan undang-undang untuk melinduni penjenayah, lihat sahaja contoh perlaku kesalahan kumpulan Bersih yang merosakkan harta benda awam dengan mendakwa mereka berhimpun secara aman dan atas nama kebebasan.

Tetapi apabila ada dikalangan puak mereka yang didakwa terkena tindakan mahkamah akibat salah laku janayah maka mereka mendakwa bahawa keadilan sistem undang-undang negara sudah terhakis.

Mereka mendakwa bahawa Rafizi harus dilindungi oleh undang-undang dan bukannya dipergunaka undang-undang terhadap Rafizi bagi melindungi jenayah yang melibatkan 1MDB, mereka mahukan kerajaan membongkar skandal 1MDB yang mereka dakwa mendapat liputan seluruh dunia itu.

Apa yang perlu kita ketahui ialah mereka ini sering melaungkan kedaulatan undang-undang tetapi mereka sama ada sedar atau tidak telah mengunakan undang-undang untuk melindungi penjenayah yang dilakukan oleh kumpulan sokongan mereka.

Sedangkan isu 1MDB telah luas dan jelas diperbahaskan, bukan sahaja diperingkat pengurusan keselamatan seperti SPRM, PDRM, malahan pihak Audit serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga telah tidak membuktikan tidak terdapatnya sebarang perlakuan jenayah, malah pihak pengurusan tertinggi 1MDB juga tidak pernah didakwa telah melakukan kesalahan jenayah, kecuali kelemahan kepada pengurusan yang biasa boleh berlaku dimana-mana syarikat badan koperat besar.

Takkanlah kerana Rafizi di penjara maka keseluruhan undang-undang di tanah air ini sudah dikira lemah dan sudah terhakis, tindakan Rafizi telah terbukti bersalah oleh mahkamah dan bukannya oleh orang ramai seperti mana yang dilakukan oleh puak pembangkang yang sering mengambil tindakan undang-undang ditangan mereka sendiri.

Keduanya bilamana pula UMNO mengusai undang-undang negara ini, jika UMNO berkuasa terhadap segala peraturan dan undang-undang negara ini, rasanya sudah lama pembangkang lenyap dari bumi Malaysia ini, mungkin mereka sedang merempat di merata dunia meminta simpati untuk bersuara atas nama kebebasan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.