Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

Undang-Undang Keselamatan Untuk Mengekang DAESH

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSKepala Batas – Langkah kerajaan menggubal undang-undang berkaitan keselamatan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 adalah tepat dalam usaha mengekang kegiatan kumpulan militan Daesh di negara ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata undang-undang berkenaan yang sebelum ini menerima kritikan daripada sesetengah pihak bertujuan menjaga masalah keselamatan negara secara keseluruhan.

“Ia adalah satu manifestasi betapa pentingnya undang-undang yang digubalkan seperti SOSMA, POTA dan undang-undang MKN yang setiap kali dibentangkan di Parlimen dibantah habis-habisan oleh pihak pembangkang.

“Ini adalah manifestasi jelas betapa pentingnya undang-undang ini. Bagaimana orang-orang ini yang disyaki melancarkan serangan di negara kita boleh ditahan kalau tidak ada undang-undang seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek meroboh dan membina semula Masjid Jamek Penaga.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejayaan polis mematahkan cubaan serangan berani mati di negara ini yang diarahkan oleh kumpulan pengganas Daesh, juga dikenali sebagai militan IS (Islamic States), dengan tertangkapnya seorang suspek di ibu negara kelmarin pada Jumaat lepas.

Reezal Merican berkata kesungguhan Malaysia menentang penularan fahaman radikal dan gerakan ekstremis di negara ini adalah kerana ia mengancam keselamatan dan tidak mencerminkan Islam yang sebenar.

Beliau berkata Malaysia mengamalkan pendekatan wasatiyyah dan rundingan secara aman damai dalam semua aspek dan disebabkan itu kerajaan serius mengekang segala bentuk ancaman yang boleh menggugat kestabilan negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.