Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Undang-undang syariah ikut Perlembagaan

Kongsi maklumat ini
Tags

DARUK MOHD ZAID IBRAHIM DIDAKWAKUALA LUMPUR: Enakmen Jenayah Syariah tidak wajar dipertikaikan kerana pelaksanaannya bertepatan dengan status Malaysia sebagai negara Islam dan mengikut Perlembagaan. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata umat Islam seharusnya bersatu membantu institusi agama, bukannya saling membidas dan memperlekehkannya. “Enakmen berkaitan khalwat ini untuk membendung dan menyekat perbuatan zina serta perkara tidak baik daripada terus berlaku. Jika enakmen khalwat ini tiada, lagi banyak perkara tidak baik akan berlaku. “Adakah mereka suka masyarakat kita bebas seperti orang Barat? Sepatutnya kita duduk berbincang bantu untuk memperkukuhkan lagi institusi agama,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Semalam, sebuah portal memuat naik rakaman video bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang membidas peranan mufti dengan menyatakan ada segelintir ulama tidak memahami undang-undang syariah berkaitan khalwat dan menuduh undang-undang sedia ada sebagai tidak adil. Abdul Rahman berkata, individu yang mempertikaikan undang-undang syariah secara asasnya tidak memahami istilah khalwat dan mempunyai niat tidak baik. “Undang-undang syariah digubal oleh agamawan, alim ulama, pakar perlembagaan dan pakar undang-undang berdasarkan al-Quran dan Hadis. Jadi tiada timbul isu tidak adil dan berat sebelah,” katanya. Mengenai desakan kumpulan G25 yang berterusan menyerang institusi agama Islam, beliau meminta kumpulan itu bertaubat dan memperhalusi undang-undang serta Perlembagaan. “Tindakan menghina (institusi agama) itu satu perbuatan yang seolah-olah mencaci agama,” katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata pertikaian isu agama secara terbuka boleh menimbulkan kekeliruan, sedangkan pihak berkenaan boleh membawanya terus kepada pakar agama. “Kalau dia (Zaid) tak puas hati, bawa perkara ini ke mahkamah, …bukan buat cabaran di tempat terbuka kerana ia boleh mengelirukan rakyat,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.