Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

UNIT ALLIANZ MALAYSIA LANCAR KARAVAN TUNTUTAN

Kongsi maklumat ini
Tags

jhfjhKuala Lumpur – Unit Allianz Malaysia Bhd, Allianz General Insurance Co (M) Bhd, melancarkan karavan tuntutan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk membantu mempercepatkan proses tuntutan semasa musim monsun.

Menurut Allianz General , karavan berkenaan akan ditempatkan di bandar-bandar secara berganti-ganti, untuk membolehkan pemegang polisi membuat tuntutan bagi rumah mereka yang terjejas oleh banjir.

Karavan itu akan berada sekurang-kurangnya sehari di bandar seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Temerloh dan Kuantan, mengikut giliran.

“Apa yang mereka perlu lakukan ialah berjumpa petugas Allianz di karavan itu, mengisi borang tuntutan dan petugas yang diberi kuasa akan untuk meninjau harta berkenaan dalam tempoh 24 jam,” kata Ketua Bahagian Tuntutan Allianz General, Jayapragash Amblavanar.

Inisiatif tersebut, yang dijangka bermula pada 29 Dis 2015 sehingga 4 Jan 2016, adalah yang pertama bagi Allianz General untuk menunaikan janji menjadi rakan kongsi paling boleh dipercayai bagi pelanggan semasa mereka memerlukan.

Tahun lepas, kawasan pantai timur dilanda banjir yang teruk dan sebanyak 1,764 tuntutan dibayar oleh Allianz General.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.