Kiriman pada: Tue, Feb 23rd, 2016

Universiti Automotif Hadiah Kepada Dato’ Seri Najib

Kongsi maklumat ini
Tags

CbvVpf-UEAAF1XWIndustri automotif negara sentiasa mendapat perhatian apatah lagi pasaran kenderaan di rantau Asean juga dikatakan akan berkembang maju menjadi pasaran ke enam terbesar dunia pada 2018, dengan permintaan sebanyak 4.7 juta kenderaan.

Perkembangan itu pastinya memerlukan kita lebih bersedia dalam menyediakan pekerja berkemahiran tinggi dan pemimpin bagi industri automotif, sehubungan dengan itu penubuhan Universiti Automotif Malaysia DRB HICOM (DHU) tepat pada masanya.

Kerana ia mampu menjadi pelengkap kepada bidang pendidikan, selain memenuhi keperluan industri automotif di negara ini yang semakin berkembang pesat, kita percaya universiti yang terletak di hup automotif di Pekan, Pahang itu akan dapat memaksimumkan potensi industri automotif.

Selain melahirkan lebih ramai pekerja mahir dalam bidang tersebut, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak juga turut memuji inisiatif DRB HICOM mengujudkan universiti pertama seumpama dirantau Asean, dengan dana yang besar sebanyak 350 juta ringgit, untuk fasa pertama pembangunan universiti itu.

Menurutnya ia wajar diberikan perhargaan kerana amat jarang sebauh syarikat swasta sanggup berbuat demikian, malah kumpulan itu juga akan membelanjakan tambahan 150 juta ringgit bagi meningkatkan prasarana universiti itu, termasuk berkaitan makmal pendidikan dan pembangunan (R & D).

Inisiatif itu pastinya akan membawa pembangunan pendidikan automotif kesatu tahap yang lebih tinggi.

Di peringkat serantau Universiti Automotif Malaysia DRB HICOM pastinya akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan bidang automotif yang semakin berkembang kerantau Asean, keujudannya akan menarik lebih banyak penuntut Asean mendalami ilmu di universiti berkenaan.

Sekali gus memabntu merapatkan hubungan di peringkat rantau ini, ia sememangnya perlu memainkan peranan penting kerana ia adalah satu-satunya universiti yang ujud di Asean khusus dalam bidang automotif.

Pendekatan holistik dan pratikal yang ditawarkan akan dapat memaksimumkan keupayaan pelajar sekaligus melahirkan pekerja berkemahiran tinggi yang memainkan peranan penting dalam industri.

Universiti Automotif Malaysia DRB HICOM semangnya mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya mendapat status universiti dalam tempoh singkat hasil usaha yang di jalankan, sebelum ini universiti itu di kenali sebagai Kolej Antarabangsa Automotif.

Perasmian universiti itu amat bermakna kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, kerana ianya bertepatan dengan genapnya 40 tahun beliau melibatkan diri dalam politik dan juga selaku anggota parlimen Pekan.

Kita percaya kejayaan demi kejayaan bakal dicipta oleh universiti itu dalam pembangunan automotif negara, malah kita yakin pada masa hadapan industri automotif negara akan melahirkan produk yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.