Kiriman pada: Sun, Mar 29th, 2015

Untuk Apa Berdemo Jika Tawaran Jualannya Mencecah 70%

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (6) copyKuala Lumpur – Hambar juga persembahan oleh puak puak pendemo di hadapan SOGO walaupun ada yang datang berhias ala ala nak menyambut pembesar, Mungkin benar mereka nak sambut pembesar kerana di fahamkan kebanyakkan pembesar mereka berada di Balai Dang Wangi sedang di siasat oleh Polis Diraja Malaysia.

Jika dahulu kita atau keluarga akan merasa malu jika ada rakan atau ahli keluarga kita di tahan polis walaupun hanya sekadar untuk di soal siasat, Al maklum bila di tahan sudah pasti kita ‘Di Syaki’ telah melakukan kesalahan, cuma kenyataan dan kekuatan bahan bukti yang akan menentukan mereka ini boleh di dakwa atau pun tidak, adakala bahan dan bukti cukup untuk di dakwa tetapi dibebaskan kerana masalah teknikal dan kebijaksanaan pebuam yang membela.

Tetapi kini jika di tahan oleh pihak polis mereka yang disyaki ini akan merasa bangga kerana mereka akan di anggap sebagai hero puak mereka, Dengan berpakaian baju ‘lock up’ sama ada bergari atau tidak mereka tetap akan melambakan tangan dengan senyuman kepada penyokong mereka yang mengiringi mereka tanpa rasa malu walaupun kes nya melibatkan perkara peraka yang di laknati Allah.

Itu yang di lihat dihadapan Balai Dang Wangi yang menyaksikan puluhan puak penyokong dan pendemo yang bersorak ria menyanyi di hadapan balai tersebut sambil di perhatikan oleh kepala kepala mereka yang sedang di soal siasat di balai tersebut dengan senyum sumbing sambil melambai tangan.

Berbeza pula di hadapan SOGO pusat membeli belah yang sangat popular di jalan Tuanku Abdul Rahman gara gara sering di jadikan oleh puak puak pendemo ini berdemo di hadapan komplek tersebut selain menjadi tumpuan para ‘Baskers’ yang mencari sumbangan si pemurah hati untuk kelangsungan seni ‘Basking’ mereka, Kini tempat mereka sering di gangu gugat oleh puak puak pendemo yang tidak pernah merasa syukur dan senang melihat kegembiraan para ‘Baskers’ dan juga pengunjung SOGO.unnamed (5) copy

Jika di hitung kehadirian pendemo yang menggangu ketenteraman di sekitar komplek tersebut tidaklah seramai mereka yang berada didalam komplek SOGO yang sedang mengadakan tawaran jualan 70%, Yang rata ratanya adalah Melayu, datang bersama keluarga sama ada untuk membeli belah atau pun sekadar mencuci mata juga tidak kurang yang sedang menyusun buget untuk mengukur perbelanjaan yang perlu di habiskan di situ.

Memang jelas kurangnya sambutan yang di berikan kepada puak pendemo haram ini, Maka oleh itu mereka terpaksa memilih dan menumpang kesesakan komplek SOGO agar himpunan mereka kelihatan di sertai ramai orang, Wal hal ianya adalah pengunjung komplek, Jika kumpulan ini di himpunkan di tengah sebuah stadium bola sepak belum tentu suku padang tersebut akan di penuhi.

Sekadar menghitung hari sahaja puak puak pendemo ini akan melipat kain rentang mereka yang kebanyakkannya tertulis menghina Dato Seri Najib Tun Razak, isteri dan kini di jaja sekali keluarga Perdana Menteri untuk simpan di dalam gobok atau terus sahaja di humbang ke tong sampah kerana kian hari kian kurang mendapat sambutan warga negara untuk membuang masa di jalan raya menyertai demo yang tah apa apa.

Warga negara telah menyedari bahawa menyertai pendemo yang di cucuk hidung mereka itu tidak akan kemana selain memudaratkan kehidupan aman damai penduduk warga kota sahaja, Lebih baik mereka berehat atau meneruskan aktivit mereka menikmati hujung minggu bersama keluarga, Sudah pasti lama kelamaan pendemo haram ini akan meneruskan demo mereka di dalam kedai kedai kopi sambil menikmati roti bakar dan teh tarik tanpa ada sesiapa pun yang memperdulikan mereka lagi.

Yang nyata kerajaan masih lagi kekal, belum pun menampakkan tergugat walaupun sebesar jarak ruas di antara gigi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.