Kiriman pada: Tue, Nov 3rd, 2015

Untung Suku Ketiga Petronas Dagangan Naik Kepada RM297.7 Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

jsgKuala Lumpur – Petronas Dagangan Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai menjadi 297.68 juta ringgit bagi suku ketiga berakhir 30 September 2015, berbanding 223.63 juta ringgit tahun lalu.

Perolehan syarikat bagaimanapun, susut kepada 6.53 bilion berbanding 8.23 bilion ringgit sebelumnya.

Petronas Dagangan dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata penyusutan perolehan disebabkan penurunan dalam harga jualan purata dan jumlah jualan, masing-masing sebanyak 18 dan tiga peratus.

Penurunan dalam harga jualan purata seiring dengan kejatuhan dalam harga Means of Platts Singapore bermula Jun 2014.

Melangkah ke hadapan, Petronas Dagangan akan terus berusaha meningkatkan jualan produk petroleumnya, memanfaatkan Petronas Primax 95 dan produk yang baru dilancarkan Euro4 Petronas Primax 97.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.