Kiriman pada: Sat, Feb 11th, 2017

Usah Terpengaruh Tindakan Mahathir

Kongsi maklumat ini
Tags

Selama – Rakyat diminta tidak terpengaruh atau mengambil peduli tindakan yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memuji bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dihinanya dulu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata sudah menjadi sifat Dr Mahathir untuk bersifat sedemikian demi memastikan matlamatnya tercapai.

“Kita sepatutnya memahami pada satu ketika dahulu, dia sangat marah terhadap Anwar.

Tetapi apa yang berlaku sekarang? “Jadi kalau itulah caranya mereka berpolitik, sepatutnya rakyat faham bahawa mereka ini kumpulan yang hanya mahu menjaga kepentingan diri masing-masing, bukannya menjaga rakyat dan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina Parlimen Larut di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Seng, di sini malam tadi.

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pertemuan kedua Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Anwar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang semalam.

Hamzah berkata, rakyat tidak perlu risau dengan tindakan Dr Mahathir yang ingin menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ini kerana, apabila beliau masuk ke dalam pembangkang, sudah menjadi kerja mereka untuk menjatuhkan BN.

“Sudah cukup untuk kita beri peluang dan ruang kepada orang sebegini.

Sudah tiba masanya untuk kita fikirkan tentang rakyat terutamanya generasi muda,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.