Kiriman pada: Thu, Jan 22nd, 2015

Usaha Bawa Pulang Sirul Azhar Sedang Dibuat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK NOOR RASHID IBRAHIMTanah Merah – Usaha membawa pulang bekas anggota polis komando Koperal Sirul Azhar Umar yang ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia, sedang dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya perlu mematuhi peraturan tertentu daripada pihak berkuasa Australia sebelum dibenarkan membawa Sirul Azhar ke Malaysia.

“Sekarang tindakan kita perlu mengikut peraturan, kita rujuk Pejabat Peguam Negara dalam usaha menbawa balik beliau untuk menghadapi hukuman.

“Kita di peringkat membuat permohonan untuk membawa balik dan ada proses tertentu yang perlu dilalui dan kita akan mematuhi proses tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Program Gotong Royong Perdana Pasca Banjir di Perumahan Polis Taman Kiara.

Noor Rashid berkata satu siasatan mungkin akan dibuat oleh pihak Australia bagi menilai keterangan yang akan dibentangkan PDRM.

“Biasanya kalau belum didakwa mereka akan lihat keterangan yang kita akan bentangkan kepada mereka dan satu inkuiri akan dibuat untuk menilai keterangan yang ada, ia bergantung kepada pihak Australia,” katanya.

Noor Rashid berkata pihaknya mempunyai kerjasama yang baik dengan Australia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.