Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Usaha Kerajaan Tumpu Pembangunan Pendidikan, Turut Bantu Negara Lain

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINTokyo – Usaha kerajaan yang menumpukan kepada pembangunan pendidikan telah membolehkan rakyat Malaysia bukan sahaja terlibat dalam pembangunan negara malah turut membantu banyak negara lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, pendidikan merupakan pelaburan terbesar negara dalam membentuk rakyat yang berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran yang diperlukan untuk membangunkan negara.

Katanya, peranan rakyat Malaysia yang profesional dan mempunyai kepakaran kini digunakan untuk membantu negara lain.

“Terdapat hampir satu juta diaspora di luar negara. Mereka ini pakar, profesional. Walaupun Malaysia sebuah negara membangun, tetapi dapat membiayai bidang pendidikan kerana kerajaan sentiasa mementingkan soal pendidikan.

“Kita mahu lahirkan tenaga pakar dan mahir. Kita tak bergantung kepada warga asing dan expatriat. Kita sudah banyak berbelanja untuk membangunkan negara dalam pendidikan,” katanya pada jamuan malam bersama komuniti Malaysia, Ahad.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.