Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

Usaha terakhir penduduk Kampung Mutiara selamatkan rumah diroboh

Kongsi maklumat ini
Tags

kg3.transformedGEORGETOWN: Kira-kira 300 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi, di sini, berkumpul sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan. Difahamkan, kumpulan penduduk itu mula berkumpul sejak awal pagi tadi bagi menyekat kerja meroboh selain sebagai persediaan menghalang jentolak masuk ke kawasan kampung berkenaan. Tinjauan BH sejak jam 8 pagi tadi, mendapati laluan masuk disekat dengan kenderaan termasuk bas dan kereta serta konkrit, selain penduduk berkumpul di laluan sama. Malah, polis turut memantau keadaan sejak jam 6 pagi bagi mengelak sebarang kemungkinan. Turut kelihatan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Shah Hussain Shah yang turut bersama penduduk sejak jam 7 pagi. Tindakan itu terpaksa diambil penduduk selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir Ogos lalu. Bagaimanapun, penduduk yang mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Ferringhi, Ismadi Abu Bakar berkata, penduduk kampung tidak tidur sepanjang malam kerana bimbang dengan pengusiran mereka dari kawasan itu. “Kami dinasihatkan polis supaya tidak membuat perkara yang boleh memburukkan keadaan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.