Kiriman pada: Tue, Nov 8th, 2016

Ustaz Kazim Elias Alami Pendarahan Usus

Kongsi maklumat ini
Tags

pendarahanususProsedur endoskopi yang dijalani oleh Datuk Mohd. Kazim Elias semalam mendapati pendakwah bebas itu mengalami pendarahan usus akibat pengambilan ubat berlebihan.

Abang beliau, Datuk Mohd. Najmuddin yang memaklumkan perkara itu berkata, buat masa ini doktor mengehadkan pengambilan ubat oleh adiknya itu.

“Saya difahamkan terdapat luka di dalam perut Ustaz Kazim yang dikatakan berikutan pengambilan ubat terlalu banyak.

“Walau bagaimanapun, kea­daannya kini stabil walaupun agak lemah. Beliau juga boleh berjalan di sekitar wad, cuma buat masa sekarang masih tidak dibenarkan keluar dari hospital kerana perlu menjalani rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Najmuddin, beliau akan menggantikan adiknya itu dalam ceramah-ceramah yang telah ditetapkan sekiranya dipersetujui oleh Ustaz Kazim dan pihak penganjur.

Katanya, walaupun me­ngalami masalah kesihatan beliau yakin adiknya itu tidak akan berhenti daripada berceramah.

“Saya tidak yakin dia akan berhenti ceramah sebab itu adalah aktiviti wajib beliau dari dulu lagi. Walau bagaimanapun, mungkin beliau akan kurangkan sedikit dengan memberi tumpuan pada pusat pendidikan miliknya, Al-Barakah,” katanya.

Mohd. Kazim yang juga Penge­tua Pusat Pendidikan Al-Barakah di sini dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengadu tidak sihat, terlalu penat dan sakit di bahagian perut.

Beliau yang ketika itu baru pulang berceramah di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang perlu melakukan pemeriksaan atas nasihat doktor.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.