Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

Ustaz Kazim keluar hospital

Kongsi maklumat ini
Tags

27kazim.transformed_0IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, dibenarkan keluar Hospital KPJ-ISH Ipoh, tengah tadi. Beliau dibenarkan keluar jam 12 tengah hari dan dibawa balik ke rumahnya di Kampung Manjoi, dengan diiringi abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias. Ustaz Kazim yang kelihatan masih lemah, dibawa keluar menggunakan kerusi roda. Sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, melawat Ustaz Kazim dan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk bertanya khabar. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ahmad Husni berkata apabila mendapat tahu Ustaz Kazim menghadapi masalah jantung, beliau turut berkongsi kebimbangan dengan orang ramai. Beliau yang sudah lama mengenali Kazim, berkata pihak hospital memaklumkan bahawa Ustaz Kazim perlu berehat dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan. “Terima kasih kepada doktor yang merawatnya dan beliau ada masa tiga bulan untuk berehat. (Sebelum ini) Sebagai pendakwah, tiada masa untuk berehat dan tempoh ini beri peluang kepadanya berehat bersama keluarga,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.