Kiriman pada: Sat, Feb 20th, 2016

Ustaz Kazim kian pulih

Kongsi maklumat ini
Tags

kazimi_eliasi.transformedKOTA BHARU: Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias, kini dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), malam tadi.

Beliau yang dimasukkan ke HUSM selepas mengadu sakit dada ketika berceramah di Gunong, Bachok, dekat sini, malam tadi, kini dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU).

Difahamkan, selepas lima minit ceramah agama bermula pada jam 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), beliau mengadu sakit dada.

Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, berkata Mohamad Kazim kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital tidak membenarkan pelawat kecuali keluarga terdekat untuk melawat penceramah terkenal itu.

“Ini bagi memberi peluang Ustaz berehat sepenuhnya,” katanya.

Pihak hospital dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan terkini Mohamad Kazim.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.