Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

Utamakan negara dan rakyat di waktu sukar ini

Kongsi maklumat ini
Tags

nazirKUALA LUMPUR: Di waktu suasana politik negara dilanda kegelapan, kita seharusnya meletakkan keutamaan kepada negara dan rakyat terlebih dahulu, kata adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak.

Kenyataan itu disiarkan menerusi posting terbaru beliau di laman sosial Instagram peribadinya pada Ahad malam.

Turut diletakkan bersama, gambar Tugu Negara sebagai simbolik kepada perjuangan wira-wira negara.
“Mereka mengorbankan jiwa untuk membina negara. Dalam waktu dunia politik negara dilanda kegelapan kita seharusnya mendahulukan negara dan rakyat.

“Bukan atas kepentingan peribadi, bukan ketaatan peribadi dan bukan juga parti politik,” kata Nazir dalam catatannya itu.

Minggu lalu, Nazir turut memuat naik posting dengan imej ‘The Truth Next Exit’ dengan kapsyen “saya berharap institusi kita bertindak dengan pantas. Rakyat Malaysia merasa mereka diketepikan kebenaran, menyedihkan dan berpecah belah. Hanya selepas ditemui kebenaran kita akan dapat kembali bersatu.”
Nazir yang juga, Pengerusi CIMB Holdings Bhd, juga pernah membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial Instagramnya sebelum ini.

Dengan memuat naik gambar audit 1MDB, Nazir mempersoalkan pentadbiran syarikat milik kerajaan GLC atas tindakan syarikat pelaburan negara itu yang masih belum memulakan audit bagi bulan Mac 2015.

Nazir juga akhir-akhir ini turut dikaitkan dengan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang antara lain dikatakan akan memperjuangkan isu-isu berkaitan politik dan sosial negara.

NGO itu juga bertujuan untuk mendekati semua kaum dan menamatkan politik perkauman yang memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.