Kiriman pada: Sun, Feb 7th, 2016

UTC Model Realisasi Slogan 1Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

NSTPLabuan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan model realisasi slogan ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang diilhamkannya selepas menyandang jawatan perdana menteri pada 2009.

Semasa mengilhamkan slogan itu, beliau tidak mahu slogan itu tinggal sebagai slogan tanpa tindakan susulan bagi sebaliknya mahu memastikan natijahnya benar-benar dirasai rakyat seperti digambarkan oleh slogan itu sendiri.

“…pada saya ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ bukan sahaja slogan, tetapi mestilah disertai dan disusuli dengan tindakan -tindakan yang menepati kata-kata itu.

“Satu daripada caranya ialah kita perlu perkenalkan produk-produk dan kaedah pentadbiran yang selari dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Lantaran itu, kita buat Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan kita juga telah melahirkan UTC-UTC di seluruh negara.

“Bila kita lihat kapada konsep UTC, ia boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia, maka ia menepati konsep 1Malaysia,” katanya.

Datuk Seri Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan UTC Labuan di Pasar Sentral Labuan.

UTC Labuan, yang dibina dengan kos RM23 juta dan siap dalam tempoh lapan minggu, menempatkan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk penduduk Labuan serta Lawas dan Limbang di Sarawak dan Kuala Penyu di Sabah.

Beliau berkata konsep UTC, yang menempatkan semua pentadbiran kerajaan dekat dengan rakyat di bawah satu bumbung, amat menepati konsep rakyat didahulukan manakala pembinaannya yang mengambil masa singkat pula tepat dengan konsep rakyat diutamakan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.