Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

UTHAYA ANTARA PELAJAR CEMERLANG DI PUSAT PERUBATAN MANIPAL

Kongsi maklumat ini
Tags

gfskKuala Lumpur -Pelajar perubatan Malaysia, S. Uthaya Kumar, 23, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Chitradurga, Karnataka, India merupakan pelajar yang cemerlang.

Rakan sekolejnya, Alya Aziz, 22, berkata Uthaya Kumar, pelajar perubatan tahun tiga Kolej Perubatan Melaka Manipal (MMMC) di kampus induk di Manipal, India merupakan pelajar dikenali ramai kerana sering memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya.

Selain itu, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu adalah seorang yang baik dan menghormati orang tanpa mengira agama dan bangsa, serta disayangi ramai termasuk pensyarahnya, katanya.

Alya berkata sesi kuliah di kampus Manipal, India turut dibatalkanhari ini bagi menjalankan upacara keagamaan untuk memperingati mendiang.

Katanya mangsa yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sains Seremban (SASER) sepatutnya pulang ke Malaysia pada Mac ini bagi menyambung pengajiannya di kampus MMMC di Melaka.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Uthaya Kumar maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Chitradurga, kira-kira 600km barat dari Chennai .

Mendiang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kerajaan Chitradurga.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.